Tuesday, January 5, 2010

~ Aktiviti Sepanjang Tahun ~


Sunday, January 3, 2010


ILMU DIAMAL IMAN DITINGKAT


Putera puteri SRI Hira'
Bertekad dan berazam

Mengabdikan diri kepada Allah
Mengikut contoh Nabi Muhammad
Agar menjadi insan yang kamil
Ilmu diamal iman ditingkat

Berusaha gigih
Menuntut ilmu
Kami semua
Tak jemu-jemu
Beramal soleh
Sepanjang waktu
Beriman kepada
Allah yang satu

Begitulah janji
Takkan kami mungkiri

Sabar menempuh
Semua rintangan
Ikhlaskan niat
Jadi ingatan
Keredhaan Allah
Kami harapkan
(ulang korus)

Dengan barisan
Pendidik mulia

Membimbing mengasuh
Hingga berjaya
Kami bersyukur
Kami berbangga
Mendapat didikan
Dari mereka

Semoga Ilahi
Rahmati, Berkati

Sabar menempuh
Ssemua rintangan
Ikhlaskan niat
Jadi ingatan
Keredhaan Allah
Kami harapkan
(ulang korus)
Lagu : Abu Along
Lirik : Abu Along



1. Pendaftaran masuk ke Sekolah Rendah Islam Hira adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 3 Jan 2010
  • Masa : 10 pagi hingga 4 petang
  • Tempat :Blok Akademik SMI Hira.
  • Tel pejabat :03332646712

2. Bermula dikaunter kewangan di khemah khas kewangan di SMIH.

3. Untuk selanjutnya ibubapa dikehendaki mengikuti carta alir pada papan tanda pada hari pendaftaran tersebut.

4. Ibubapa yang membayar secara cheque di bank / cash deposit machine yang belum memaklumkan kepada pejabat kewangan, sila maklumkan segera kepada pihak kami.

5. Sila layari www.hira.edu.my untuk maklumat terkini mengenai hira'.

6. Lembaga Hasil Dalam Negeri (IRB). Taksiran 2009 akan berakhir pada 30/12/09. Cikai pendapatan boleh ditukarkan kepada zakat pendapatan Majlis Agama Islam Perlis. 50 % kutipan akan dikembalikan kepada Hira'. Borang zakat boleh dimuat turun melalui www.hira.edu.my atau hubungi pejabat kewangan (0333437595 ) atau

asiemn05@gmail.com

Pengurus Besar

Ustaz Nasharuddin Muhammad




Kepada Ibu bapa / penjaga Sekolah Menengah Islam Hira,

Semoga Alllah merahmati ibu bapa, muallim dan muallimah sekalian,

2.Keputusan PMR 09 telah pun diumumkan pada tarikh 24 Disember 2009 oleh Pengarah Pelajaran Malaysia.

3.Untuk makliman semua di sini dipamerkan keputusan PMR SMI Hira 2009. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang berjaya.

  • 9A - 15 ORANG
  • 8A - 10
  • 7A - 4 ORANG
  • 6A - 11 ORANG
  • 5A - 10 ORANG
  • 4A - 7 ORANG
  • 3A 10 ORANG
  • 2A - 9 ORANG
  • 1 A - 9 ORANG
Sekian dimaklumkan.



SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA
BERMULA PADA : 7 - 31 DISEMBER 2009
SETIAP ISNIN - JUMAAT
MASA 8:30 - 3:45 PETANG
REHAT : 1:00 -2:00 PETANG
HARI SABTU : 8:00 - 12:00 TENGAHARI

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Samrah :03-33434430

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA
TARIKH : 28 DIS 2009 - 3 JANUARI 2010
MASA : 9:00 - 4:00 PETANG
-->Masih dalam pembinaan<---




Bulatan PenuhLencana Sekolah Rendah Islam Hira' berbentuk bulat denga bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Inilah kefahaman asas yang ditekankan kepada para pelajar SRI Hira'.

Buku
Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang mana Al-Qur'an dan Hadist merupakan sumber utamanya dan menjadi teras kepada sistem pendidikan Hira'.


Warna Putih & Hijau
Warna latarbelakang putih bermaksud keadaan murid-murid yang masih suci apabila memasuki sekolah. Adalah menjadi hasrat sekolah dengan kerjasama ibubapa untuk mewarnakan peribadi murid-murid dengan akhlak Islam yang mulia lagi terpuji dan mengambil Rasulullah sebagai contoh. Inilah juga tafsiran warna hijau (yang lazimnya dkaitkan dengan Islam ) yang menjadi warna utama logo sekolah.


Motto
Motto " Ilmu Diamal Iman Ditingkat " adalah rumusan kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid iaitu segala ilmu ( kebenaran ) yang diterima tidak akan memberi manafaat selagi tidak diamal dan dihayati . Sesungguhnya hanya orang yang beriman sahaja akan sedaya upaya menterjemahkan ilmu dan amal kepada amalan. Insya'Allah, dengan cara itu tahap keimanan dijiwa murid akan meningkat lantaran bertambah eratnya hubungan mereka dengan Allah SWT, Pencipta sekelian alam.
VISI
Menjadi Institusi pendidikan yang menerajui sistem pendidikan Islam holistik dan Inovatif

MISI
Membina tokoh masyarakat yang bersifat Rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati



FALSAFAH PENDIDIKAN HIRA
Pendidikan yang berteraskan Tauhid bermatlamat untuk membina, membentuk dan melahirkan insan Rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia sepertimana yang dituntut oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh, dan berterusan.

MATLAMAT PENDIDIKAN SRI HIRA
Tujuan pendidikan SRI Hira’ bolehlah di lihat sebagai satu jalan untuk mendidik anak-anak di peringkat awal ke arah mencapai beberapa matlamat yang telah digariskan. Matlamat ini berteraskan kepada falsafah pendidikan Islam yang menyeluruh. Antaranya :

1. Mewujudkan suasana ubudiyyah kepada Allah melalui pembinaan insan dan masyarakat yang soleh.
2. Membina dan menyediakan insan untuk menjadi khalifah Allah agar dapat :
    a) Memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri
    b) Memikul tanggungjawab terhadap keluarga
    c) Memikul tanggungjawab terhadap masyarakat
    d) Memikul tanggungjawab dengan alam sekitar



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA
Sistem pendidikan Hira' telah mula dilaksanakan sejak tahun 1985 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Hira' (Seksyen 3, Shah Alam) dan Sekolah Menengah Islam Hira' (Batu Belah, Klang) pada tahun 1991. Sepanjang penubuhannya, pelbagai perubahan penting telah berlaku antaranya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah berpindah ke lokasi baru di Batu Belah, Klang pada tahun 1987 dan Bt. 18, Jeram pada tahun 1999. Ma'ahad Tahfiz Al-Qur'an Hira juga telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1994. Oleh kerana pesat perkembangannya tempat yang ada sekarang ini tidak boleh lagi menampung keperluan anggota kita serta masyarakat Islam sekitarnya untuk menempatkan anak-anak mereka di SRIH dan SMIH. Di atas dasar itulah maka cadangan untuk menubuhkan SRI/SMI Hira' di Shah Alam adalah amat dihajati.

Penubuhan : Sesi Pengajian 2001
Beroperasi  di alamat dibawah dari 2001 - 2012

No. 8, 9, 10, 12, 14, Jalan Kota Raja M 27/M,
40400 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Pada tahun 2012, SRI Hira' Shah Alam tidak lagi berada dalam pengurusan KSSB & menggunakan sepenuhnya sistem kebangsaan KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia & silibus deniyyah dibawah kelolaan JAIS.



test