Sunday, January 3, 2010




SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM HIRA
Sistem pendidikan Hira' telah mula dilaksanakan sejak tahun 1985 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Hira' (Seksyen 3, Shah Alam) dan Sekolah Menengah Islam Hira' (Batu Belah, Klang) pada tahun 1991. Sepanjang penubuhannya, pelbagai perubahan penting telah berlaku antaranya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah berpindah ke lokasi baru di Batu Belah, Klang pada tahun 1987 dan Bt. 18, Jeram pada tahun 1999. Ma'ahad Tahfiz Al-Qur'an Hira juga telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1994. Oleh kerana pesat perkembangannya tempat yang ada sekarang ini tidak boleh lagi menampung keperluan anggota kita serta masyarakat Islam sekitarnya untuk menempatkan anak-anak mereka di SRIH dan SMIH. Di atas dasar itulah maka cadangan untuk menubuhkan SRI/SMI Hira' di Shah Alam adalah amat dihajati.

Penubuhan : Sesi Pengajian 2001
Beroperasi  di alamat dibawah dari 2001 - 2012

No. 8, 9, 10, 12, 14, Jalan Kota Raja M 27/M,
40400 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Pada tahun 2012, SRI Hira' Shah Alam tidak lagi berada dalam pengurusan KSSB & menggunakan sepenuhnya sistem kebangsaan KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia & silibus deniyyah dibawah kelolaan JAIS.